Ramai juga yang bertanya, macam mana pengiraan bagi bakal klien yang ingin buat pinjaman bank. Dalam siri yang lepas, kami cadang membuat semakan pre-screening dengan beberapa buah bank akan kelayakan pinjaman mereka. Salah satu sebab kami tidak dapat menganggar secara tepat berbanding pinjaman kerajaan adalah kerana setiap bank mempunyai kiraan yang berbeza dan syarat mereka boleh berubah mengikut keadaan semasa tanpa memberi notis kepada kita. Dan beberapa syarat mereka boleh berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Disini kami berikan anggaran secara kasar untuk menjawab soalan bakal klien. Contoh: Jika pekerja swasta yang memohon pinjaman bank, kebiasannya bank akan melihat komitmen tetap bulanan pemohon tidak lebih dari 60% dari gaji pokok pemohon. Sebagai contoh gaji pokok RM 4,000. Jika 60% dari jumlah RM 4,000, pemohon secara relatifnya layak memohon pinjaman yang mana bayaran bulanannya RM 2,400. Jika pemohon sudah mempunyai pinjaman keret...