Tips Bina Rumah : Pemasangan Mozek Besar



Pemasangan mozek bersaiz besar 2'x2' dan ke atas melibatkan proses yang lebih rumit berbanding mozek bersaiz kecil. Disebabkan oleh faktor saiz, proses pemasangannya berbeza untuk mengelakkan masalah mozek tercabut (meletup) di kemudian hari.

Jika mozek saiz kecil menggunakan simen biasa bagi melekatkan mozek, mozek bersaiz besar perlu dilumur dahulu dengan campuran simen gam dan latex atau dikenali sebagai susu mozek. Campuran ini akan menjadi agen untuk melekatkan mozek dengan kuat pada lantai. 

Disebabkan penggunaan bahan tambahan dan upah pemasangan yang lebih mahal, pemasangan mozek bersaiz besar secara umumnya adalah lebih mahal dan melibatkan pertambahan kos walaupun anda mungkin boleh mendapatkan mozek pada harga rendah.

Comments

Popular posts from this blog

Kos Bina Rumah RM 130 sekaki mahal ke tak ?